top of page

Maklumat Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong merupakan salah sebuah sekolah kategori luar bandar di negeri Selangor.ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang Asli suku kaum Mah Meri.Uniknya sekolah ini , adalah pemangkin kepada pembangunan minda dan kesedaran kelimuan dari kalangan masyarakat orang Asli disini.

 

          Sejarah penubuhan sekolah,pada tahun 1955 , Penasihat Orang - orang Asli Tanah Melayu Dr. Iskandar Yusof Careydan En. Hussien Inaas serta dipersetujui oleh Tok batin telah membuat sebuah bangsal secara bergotong - royong yang dibiayai oleh Jabtan Orang Asli (JOA) bagi menempatkan anak - anak orang Asli belajar dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A).

 

         Pada tahun permulaan seramai 13 orang murid anak - anak Orang Asli dan seorang guru yang berpendidikan Sekolah Rendah Melayu sebagai tenaga pengajar iaitu En. Osman bin Hj. Yunus. Pada tahun 1956 pertambahan murid berlaku , sebuah bangunan telah dibina untuk menempatkan seramai 60 orang murid serta di rasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pada 15 Oktober 1956.

 

2.   PENEMPATAN SEKOLAH

 

lOKASI : Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) terletak berhampiran KLIA . 

Lokasi luar bandar dan jarak perhubungan ke Pejabat Pendidikan Daerah Sepang ialah 38km dengan jangka masa 45minit .

 

KEMUDAHAN : Jalan raya

Events:
INTERGAME BOLA BALING ZON SG PELEK - 30.1.2016
Events:
PERASMIAN 
PROGRAM MENTOR MENTEE & GURU PENYAYANG- 1.2.2016

 

Sejarah Guru Besar Sk Bukit Bangkong(A)

 

 

  1. En. Osman b. Hj. Yunus                        1955 - 1962

  2. En. Kassim b. Hj. Arif                           1963 - Feb 1988

  3. Tuan Hj. Samsusah b. Manjio              1.3.1988 - 30.6.1989

  4. Tuan Hj. Ibrahim b. Jaafar                   1.7.1989 - 30.6.1996

  5. En. Mohd Tasrib b. Marpongi              1996 - 2001

  6. Tuan Hj. Mohd Rashid b. Hamid          2001 - 2008

  7. Pn. Miskina bt. Mukri                           16.4.2008 - 15.12.2010

  8. Tuan Hj. Jaludin b. Buang                    16.12.2010 - 15.4.2013

  9. Pn. Hjh. Kamaliah bt. Osman Palil      16.4.2013 - 31.8.2015

  10. Pn. Norma bt. Edros                             21.10.2015 - sekarang

 

 

bottom of page